SEBARKAN SALAM,TANDA BERKASIH SAYANG

Photobucket

Friday, July 30, 2010

Bismillah..
Lama sudah tidak menjelmakan diri..lantaran sibuk dengan urusan duniawi yg x pernah jemu2 menjerat diri ini..
Pejam celik pejam celik,dah 3 minggu ana di kolej yg tersayang..hemm..
Seperti manusia lain,pelbagai ujian yg dtg menerpa..
Kadang2,bagaikan hampir saja berputus-asa dlm jalan yg ana pilih ni..
Tapi Alhamdulillah,tarbiyah terus menegur kelemahan ana..
Awal kemasukan,dlm seminggu dua di kolej,ana dan akhowat telah menempah nama di bhgn pentadbiran..Juga salah 1 ujian dan nikmat dari Allah..
Tambah parah,kami di uji dengan mereka yg memegang tampuk kepimpinan..
Kadang2,rasa diri ini dah tersungkur dan tak mampu bangkit lagi..
Ingin saja meninggalkan jalan dakwah yg penuh onak duri..
Namun..Bila di renung..
Setiap org akan di uji..Dan Allah akan menguji hambaNya mengikut kemampuan masing2..sbg husnu dzonnya,apabila seseorang hamba itu di uji,maknanya dia seorang yg hbt..
Teringat ana kata2 seorng murobbi,"ujian hanyalah utk org2 yg hbt.."..
Murobbiah juga pernah mengingatkan bhw,"kita beruntung kerana di beri ujian..tak semua org dpt ujian sepertimana yg kita dpt..dan ini terbukti kita adalah hamba pilihanNya.."
Subhanallah..Kenapa ana x berfikir sprti murobbi wa murobbiah???Yg sentiasa bersangka baik dgn Tuhan...Tak pernah mengeluh menghadapi imtihan..
Mreka begitu thabat dlm jalan dakwah..Pelbagai manhaj mereka gunakan demi membawa kepelbagaian sesuai dgn mad'u masing2..
Dlam sebuah kitab yg ana pernah baca,ulama mentahqiq bhw ujian ni juga merupakan slh 1 kafarah dosa bg hamba2Nya..Allah...Betapa sayangNya Dia pd kita..Apa yg perlu kita lakukan adalah menghadapi ujian dgn sentiasa husnu dzon padaNya..
Moga Allah sentiasa menghantarkan nusrahnya pada kita semua..
Ya Allah..Kau berikanlah aku kekuatan dan kesabaran sepertimana yg tlh Kau berikan kpd hamba2 pilihanMu..
Allahumma takabbal taubati...

PRIORITAS DALAM PENDAPAT-PENDAPAT FIQH

PADA pembahasan terdahulu, kami telah menyebutkan prioritas
pemahaman atas hafalan, prioritas tujuan atas bentuk lahirian,
prioritas ijtihad atas taqlid, dan kini kita menginjak kepada
hukum-hukum syari'ah yang bersifat ijtihadi, dan pendapatpendapat
fiqh yang bermacam-macam dan berbeda-beda.
Bagaimanakah kita menerima satu pendapat dan menyisihkan yang
lain, mendahulukan sebagian pendapat itu dan mengakhirkan
sebagian yang lain.

Tuesday, July 6, 2010


Sedarkah kita?
Kadang-kadang kita terlupa apabila pen terlepas dari tangan,ucapan “oops” mendahului nama Allah…
Kadang-kadang kita lihat kecantikan ciptaanNya,ucapan Subhanallah tertutup oleh “cantiknya”…
Tatkala mendengar berita kematian,keluhan “kesian” yang menghalang “Innalillah”…
Mungkinkah kita terlupa atau sudah biasa???
Tetapi ingatlah…apabila Izrail datang menjenguk,ucapan “LA ILAHAILLALLAH” tetap menjadi juara mengatasi segala kata…
Sesiapa yang benar-benar takut pada Allah,maka ketakutan akan memimpinnya ke jalan yang baik…

Mari kita lihat rakan-rakan sebaya malah muda dari kita di Palestin sanggup mempertahankan tanah suci umat Islam seluruhnya.
Mereka bermandian darah,sedangkan kekuatan mereka juga seperti kita tapi mereka bangkit!!!
Demi pertahan hak tanpa kasih sayang,di mana orang-orang tersayang telah terkorban disebabkan peluru si angkuh zionis,mereka bangkit berjuang tanpa takut mati!!!
Tapi kita sekarang ini hanya di suruh berperang dengan hawa nafsu,sambil mendiami kehidupan yang aman dan harmoni tapi masih tak sanggup melawannya..
Malah masih angkuh menikmati sisa-sisa yahudi.Hiburan yahudi,pakaian yahudi,makanan dan minuman yahudi..
Maka yahudi hari ini terus tersenyum atas kelemahan dari umat kita.yahudi tersenyum!!!Masihkah kita merelakan bangsa laknat itu terus tersenyum?!!
Maka pada hari ini ayuh tingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah.
Ayuh pemudaku ikat hati kita dengan rumah ALLAH.
Ayuh pemudiku ikat hati kita kuat pada ALLAH.

Monday, July 5, 2010

Doa untuk Mengulangkaji Pelajaran

Doa memulakan ulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”
Doa selepas mengulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”
Doa Pada Hari Peperiksaan
Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:
Ketika memasuki dewan peperiksaan:
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.
Ketika menerima kertas soalan:
َالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”
Ketika sukar menjawab:
حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”
Atau:
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”
Jika anda terlupa jawapan
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”
SEMOGA BERJAYA!!!
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
SURAH MUHAMMAD
AYAT 7

Tarbiah Islamiyah


Pertama: Hakikat Tarbiyah Islamiyah
Kedua: Aspek peribadi yang hendak ditarbiyah
Ketiga: Cabaran dan halangan dan bagaimana
mengatasinya.
Keempat: Uslub Tarbiyah Islamiyah;

1. Uslub Zatiah (didik diri sendiri)

2. Uslub dengan mempengaruhi orang
lain.
Pertama: Uslub Zatiah (Didik diri sendiri)
Penimba Ilmu
Meningkatkan keupayaan berfikir
Banyak berfikir;
i. Tentang Makhluk Allah.
ii. Ayat-ayat al-Quran
iii. Hal ehwal kematian
iv. Hal ehwal individu, umat dan putaran sejarah.
Iltizam dengan ibadah khusus.
Membanyakkan ibadah nawafil
Membanyakkan zikr Allah
Mendampingi orang-orang baik-baik (al-Akhyar) dan orang-orang soleh.
Mendidik diri dengan sifat qana’ah dan sederhana dalam kehidupan.
Membela kebenaran menentang kebatilan
Muhasabah
Istighfar.

Kedua: Uslub Mempengaruhi Orang Lain.
Uslub Qudwah
Uslub contoh dan praktikal
Uslub mendidik dengan aktiviti
Uslub cerita
Uslub melontarkan masalah
Uslub Logika (al-’Aqli / al-Hissi)
Uslub Teori dan praktikal
Uslub Targhib dan Tarhib
Uslub pahala dan dosa
Uslub Nasihat dan Petunjuk
والله أعلم بالصواب

Bagaimana Membahagiakan Isteri

Menggunakan Cara Yang Baik;
Mulakan dengan ucap salam.
فَإذَا دَّخَلْتُمْ – قولة النبي - : يا بُنَىَّ إذاَ دّخَلتَ عَلَى أهْلِكَ فَسَلّمْ
Wajah yang manis.
كان رسول الله (صلى) يبتسم ويضحك مع أهله
وسئلت السيدة عائشة رضي الله عنها
كيف كان رسول الله (صلى) إذا خلا في بيته قالت
: كان ألين الناس بسَّاماً ضحَّاكاً …

Berjabat tangan, menunjukan kegembiraan dengan pertemuan dan mengeratkan kasih sayang
Kata-kata yang baik manis.
Tunjukkan sikap mengambil berat terhadap orang yang kita bercakap dengannya;berhadapan, memandang mukanya, senyum dan suara yang jelas.


….كان رسول الله (صلى) يعطي كل جلسائه نصيبه ، لا يحسب جليسه أن أحداً أكرم عليه منه.
….Rasulullah saw memberi setiap orang yang duduk bersamanya dalam satu-satu majlis bahagian-bahagiannya masing-masing…………….
Percakapan yang jelas dan berhati-hati.
Memanggil dengan nama yang paling disukai.

قال عمر: "ثلاثة يصفين لك ود أخيك : أن تسلم عليه إذا لقيته ، وأن توسع له في المجلس ، وأن تدعوه بأحب أسمائه إليه
“Kata ‘Umar: Tiga perkara yang boleh menarik kasih sayang saudara kamu; mengucap salam bila bertemu, luaskan tempat dalam majlis, panggil dengan nama yang dia sukai”
Panggilan Manja.
Menghibur dan menemaninya
Santai-santai dan bergurau senda
Membantu kerja-kerja rumah
Bermasyuarat;

Latih ahli keluarga untuk ziarah menziarahi (Jadual ziarah)
Menjaga adab-adab musafir
Beri isteri pendapatan.
Pakai wangi-wangi dan berhias untuk isteri;

" لهن مثل الذي عليهن …
Jima’
Menjaga Perasaan dengan kata-kata;

“jangan bercakap kecuali yang benar”
Mendalami hukum-hukum Fiqh Ibadat, menunaikannya
dengan sempurna dan menangani permasalahan dengan baik

Wasail Pembentukan BM.

1-Pemilihan (pasangan) yang tepat
2-Adakan liqa’ / usrah keluarga
3-Khususkan satu hari untuk rumahtangga, membelibelah, membaiki mana-mana yang rosak, memenuhi keperluan diri, emosi dan kemasyarakatan.
4-Menggunakan peluang waktu makan
5-Ambil contoh pengalaman datuk nenek, kembangkan untuk bercerita di samping mengambil contoh dari media moden.
6-Melaksanakan tanggungjawab penglibatan dalam masyarakat
7-Ambil berat dalam menunaikan hak-hak jiran
8-Membahagiakan isteri

Ciri-ciri Baitul Muslim

Memelihara Akidah tauhid.
contoh: Azan di telinga bayi ketika lahir.
Cerita Ummu Sulain dan anaknya
Anas bin Malik.
Mengambil perhatian terhadap pendidikan supaya melakukan ketaaatan dan beribadat.
Contoh:
Membawa anak-anak bersama dalam upacara-
upacara ibadah.
Melatih berpuasa ramadhan sejak kecil.
Dan lain-lain.
Menanam nilai-nilai (akhlak)Islam, seperti sifat-sifat benar, amanah, muroqabah dan sebagainya.
Cerita-cerita tauladan;
Penjual susu dan anak perempuannya.
Kisah Umar r.a. dan pemuda pengembala kambing.
Kisah seorang ibu menggengam tangannya dan memanggil anaknya, sedang dalam tangannya tiada apa-apa. (Dusta)
Memberi perhatian terhadap perkara-perkara penting. (bukan remeh temeh)
Contoh:
Seorang isteri solehah selalu berpesan kepada suaminya dengan perkara-perkara kebaikan setiap pagi dan petang.
Sangat bersiaga untuk mengambil bahagian dalam melaksanakan tuntutan dakwah dan merasa bangga dengannya,
(Ummu Sulaim dan Anas), contoh lain; seorang ibu memberi anaknya sebilah pedang, yang tidak mampu di tanggung olehnya.
Menjaga ajaran Islam dalam setiap urusan rumah tangga.
contoh: pakaian, makanan, minuman, ketika jaga dan tidur, kewajipan zikir; yang berbubung kait dengan kegiatan kehidupan. Cara ini lebih berkesan daripada pengajaran dan perintah-perintah sahaja.
Menjaga nilai-nilai keindahan, kebersihan dan kerumahtangaan. (al-Bait)
Memelihara rumahtangga daripada nilai-nilai akhlak yang buruk
Meraikan kedudukan ahli-ahli rumahtangga dan menjaga hak-haknya.
Jimat cermat dalam perbelanjaan harian.
واللهُ لا يُحِبُّ الْفَساَ دَ
“Dan Allah tidak menyukai kebinasan”
Menjaga hak-hak jiran dan saudara-saudara seakidah.