SEBARKAN SALAM,TANDA BERKASIH SAYANG

Photobucket

Monday, July 5, 2010

Ciri-ciri Baitul Muslim

Memelihara Akidah tauhid.
contoh: Azan di telinga bayi ketika lahir.
Cerita Ummu Sulain dan anaknya
Anas bin Malik.
Mengambil perhatian terhadap pendidikan supaya melakukan ketaaatan dan beribadat.
Contoh:
Membawa anak-anak bersama dalam upacara-
upacara ibadah.
Melatih berpuasa ramadhan sejak kecil.
Dan lain-lain.
Menanam nilai-nilai (akhlak)Islam, seperti sifat-sifat benar, amanah, muroqabah dan sebagainya.
Cerita-cerita tauladan;
Penjual susu dan anak perempuannya.
Kisah Umar r.a. dan pemuda pengembala kambing.
Kisah seorang ibu menggengam tangannya dan memanggil anaknya, sedang dalam tangannya tiada apa-apa. (Dusta)
Memberi perhatian terhadap perkara-perkara penting. (bukan remeh temeh)
Contoh:
Seorang isteri solehah selalu berpesan kepada suaminya dengan perkara-perkara kebaikan setiap pagi dan petang.
Sangat bersiaga untuk mengambil bahagian dalam melaksanakan tuntutan dakwah dan merasa bangga dengannya,
(Ummu Sulaim dan Anas), contoh lain; seorang ibu memberi anaknya sebilah pedang, yang tidak mampu di tanggung olehnya.
Menjaga ajaran Islam dalam setiap urusan rumah tangga.
contoh: pakaian, makanan, minuman, ketika jaga dan tidur, kewajipan zikir; yang berbubung kait dengan kegiatan kehidupan. Cara ini lebih berkesan daripada pengajaran dan perintah-perintah sahaja.
Menjaga nilai-nilai keindahan, kebersihan dan kerumahtangaan. (al-Bait)
Memelihara rumahtangga daripada nilai-nilai akhlak yang buruk
Meraikan kedudukan ahli-ahli rumahtangga dan menjaga hak-haknya.
Jimat cermat dalam perbelanjaan harian.
واللهُ لا يُحِبُّ الْفَساَ دَ
“Dan Allah tidak menyukai kebinasan”
Menjaga hak-hak jiran dan saudara-saudara seakidah.

No comments:

Post a Comment