Sunday, October 31, 2010
Remaja
Alhamdulillah,ana bru je mhadiri 1 mjlis ilmu yg d anjurkan upm.nama program yg ana ikuti 'atas nama cinta'.subhanallah,byk pengisian yg bermanfaat dan kesedaran utk ana pergiatkan lg dkwh tarbiyah ana di luar sana.program tersebut lbh memberi motivasi dan ksdran terutama kpd para du'at.hem.apa yg ana perhatikan remaja kian rosak,hanyut dan hancur dek kejahilan yg sengaja di biarkan membelit jiwa.dan salah 1 medium yg plg memberi sumbangan kpd kerosakan remaja adalah MEDIA.mgkin bkn smua,tp mostly.ana risau.kerana ana juga punya adik yg masih remaja..mencari2 sesuatu yg mereka sndri kurg pasti..keseronokan mgkin..shgga nsht d abaikan..pbuatan baik di anggap menunjuk2..dosa di anggap pkra 'wajib' yg pasti akan di lakukan manusia..dunia artis di jadikan idola,rujukan hatta pujaan..na'uzubillah..mereka lupa tujuan hidup..lupa pertemuan dgn Tuhan yg tlah menciptakan..lupa kasih syg yg tlah d berikan sang murobbi...Nabi Muhammad s.a.w..Ego,sombong,angkuh..semua itu pendorong utk mereka mlakukan kerosakan di muka bumi..melakukan apa shja mengikut nafsi..bg mereka,merekalah raja..tiada siapa berhak menegur..Ya Allah..berilah kami jalan keluar utk membetulkan semua ini..berilah kami petunjuk agar kami mendapat solusi bg mengatasi mslh yg kian parah ini..Wahai adik2ku di luar sana..dengarlah nsht dari kakakmu ini..ku titipkan untaian kata hikmah buat adik2 tersayang..adikku syg,hidup kita di dunia ini hanya sementara..tiada masa utk bersuka2..agama kita di tindas,di hina dan di pijak2 lantaran kelalaian kita sendri..kita leka,alpa,terbuai tanpa arah tjuan..tanpa kita sedari..musuh kita tlah lama memerhati..mereka puas kerana kita di bawah telunjuknya..mereka puas kerana kita bkal menemaninya..bersama dengannya merasai azab dari Tuhan yg Menciptakan..Na'uzubillah..adik2ku syg..peliharalah maruahmu,hatta maruah agamamu..jgn biarkan diri kita di perbodohkan oleh sang durjana..adik2ku syg,cintailah Allah dan Rasulnya sementara kita masih di berikan pluang..Adik2ku syg..blum lambat utk kita bertaubat..meninggalkan sgala maksiat..perkara2 yg di larang Allah..malah,menimbulkan kemurkaanNya..Na'uzubillah..adikku syg..kita punya matlamat hidup yg perlu kita laksanakan..tiada masa utk kita mementingkan nafsu sendiri..
ku petik kata2 saidina 'Umar "kita merupakan kaum yg dimuliakan oleh Allah SWT dgn Islam,selagi mana kita berpegang dgn Islam maka selagi itu kita akan di muliakan ttpi jika kita meninggalkan Islam maka kehinaan akan menimpa kita.."
Subhannallah,kata2 hikmah yg perlu kita hayati dan renungi bersama..Wallahu'alam..
Saturday, October 30, 2010
Untukmu,mutarabbiku syg..
Bismillah..
InsyaAllah apa yg ana nk kgsikan bersama ni,mendapat manfaat bersama..
"akak,ana ada mslh hti la..ana TERjatuh hti dgn sorg mslimin ni..dia coursemate ana..macam mane ye?" tanya mutarabbiku yg sgt aku sayangi."hem....." keluhku panjang.Bukan tidak mahu membantu,tapi aku sendiri pernah menghadapi situasi tersebut dan aku sendiri tidak pasti sama ada tindakanku itu yg terbaik atau tidak."ukhtiku syg.."tuturku lembut sbg muqadimah 'tazkirah' yg bkal aku berikan."pd pndpt akak,x salah kita jth hti pada seseorang,malah kita patut bersyukur akan anugerah yg Allah bg.cuma,kita perlu jaga agar ia tidak keterlaluan.tidak melebihi cinta Allah dan Rasul serta kedua ibu bapa.dik,kita sbg manusia biasa x bleh lari dari perasaan tu.cuma,kita bleh kawal.moga fitrah ni x menjadi fitnah."aku tidak mahu menidakkan perasaan yg hdir pada mutarabbiku agar dia tidak menganggap aku syadid atau golongan ruhbaniyyah malah aku yakin aku juga bkn dari kalangan itu."cuma,akak harap adik dpt kekalkan al-haya' dlm drimu kerana itulah benteng kita sbg muslimah." sambungku.aku merenung jauh.mengimbas kembali sgala kenangan atau 'pglman' yg pernah aku alami.moga menjadi iktibar buat si mawar berduri.jujur,aku sendri punya konflik diri.dlu,aku seorang yg sgt tegas.terutama bila berhadapan dgn muslimin.ku tepis sgalanya agar driku terjaga.sehinggakan di matrikulasi,akhowat mgelarku dgn glrn 'srikandi umar'.Namun,sjk kblkgn ni,aku sprti tewas...aku tidak tahu di mana puncanya..mgkin juga hti ini terhijab lantaran dosa2 yg tlh aku lakukan.Bersyukur kpd Allah,stakat ni,maruahku tdk tergadai.dan aku tdk terlibat dgn 'couple'..cuma..mslh hti..herm..aku tanamkan azam utk mbina semula benteng yg dahulunya sgt kukuh shggakan tiada muslimin pn yg mampu sggah di hati ini.doa kalian sgt penting buatku.aku ingin kmbali menjadi 'srikandi umar'..mujahidah mawar berduri..ameen..
Tuesday, October 26, 2010
Aku bimbang. Khuatir. Risau
Wahai mata, janganlah kau memandang yang haram
Kerana aku bimbang kau tak akan dapat melihat Rasulullah SAW di akhirat kelak
Aku bimbang kau tak akan dapat melihat Allah SWT kelak
Nauzubillah
Wahai telinga, janganlah kau mendengarkan perkara-perkara yang haram
Kerana aku khuatir kau tak akan dapat mendengar lembut bicara Rasulmu
Aku khuatir kau tak akan dapat mendengar suara Rabbmu
Nauzubillah
Wahai lidah, janganlah kau berbicara yang sia-sia
Aku bimbang Nabimu tidak dapat mendengar butir perkataanmu
Aku khuatir Penciptamu tidak mahu mendengar bicaramu
Nauzubillah
Wahai kaki, tangan dan seluruh anggota
Janganlah kau berbuat maksiat
Berlaku zalim kepada dirimu sendiri
Aku bimbang kau tak dapat jejak ke syurga
Aku khuatir kau menjadi bahan bakar neraka
Nauzubillah
Wahai hati, raja tubuh pinjaman ini
Janganlah engkau biar dirimu terlalai
Aku risau tenteramu akan mengikutimu
Aku risau mereka terlalai keranamu
Jangan kau lupa selawat dan salam
Jangan kau melupai takbir, tahmid dan hamdalah
Supaya dirimu tidak mendapat murka Allah, laknat Rasulullah
Nauzubillah
Tuesday, October 19, 2010
Dosa 24 Jam Di Facebook
Bismillah. Assalamualaikum semua. Ini video yang ana dapat dari website Ustaz Zaharuddin. Sama-sama la kita renung-renungkan apa yang sudah kita perbuat selama ini. Bukan sahaja di facebook, malah mana-mana ruang sekalipun. Di akhbar, majalah, myspace, friendster dll. Wallahu'alam.
APAKAH ALASAN KALIAN?
Pabila azan hanya tinggal sekadar alunan yang singgah di cuping telinga
Sedih melihat saudara seIslam ku sibuk dengan hal duniawi sehingga lupakan urusan ukhrawinya.
Bukan jemaah yang bergegas ke masjid dan surau yang dilihatnya
Tetapi bergegas ke kereta, membawa si kekasih keluar entah ke mana
Lupakah kalian kepada kekasih yang abadi? Yang takkan hancur dimamah usia, takkan luput cintanya?
Iaitu adalah Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Apakah alasan kalian untuk tidak menjalankan perintahNya?
Azan tiada kedengaran, menjadi alasan
Alasan mudah bagi yang mengambil endah
Mengambil endah akan tuntutan agamanya
Wajibnya solat berjemaah tiada dikiranya
Tiadakah takwim solat untuk dirujuk?
Tiadakah azan berkumandang dari surau dan masjid yang lain?
Tiadakah radio yang menyatakan masuknya waktu solat?
Apakah lagi alasan kalian untuk tidak bersolat?
Apakah lagi alasan kalian untuk tidak berjemaah?
Surau dan masjid yang ada dibiarkan kosong seperti gua
Katanya di bilik kami jemaah bersama
Apalah kiranya kalau diajak semuanya turun untuk berjemaah bersama?
Bukankah lagi ramai jemaah, lagi besar pahalanya?
Apakah alasan kalian untuk tidak turun juga?
Kerana surau yang dibiarkan seperti gua
Rumah suci Allah dicerobohi manusia durjana
Habis dikebas wang derma
Tidakkah takut akan azabNya?
Apakah alasan kalian bila mana nak mengelak di hisab nanti?
Apa pula kisahnya di wakaf-wakaf?
Jarang lengang. Terutamanya di kala dingin malam, romantis kononnya.
Siapa pengguna tetapnya?
Pasangan-pasangan ‘bahagia’. ‘Teman’ tapi ‘mesra’. Berdiskusi, tapi hanya berdua.
Katanya tak apa. Bukan bahaya. Selamat, tempat terbuka.
Adakah kalian selamat dari fitnah?
Adakah kalian selamat dari godaan nafsu dan syaitan?
Adakah kalian selamat dari kutukan malaikat?
Adakah kalian selamat dari murka Allah?
Sedarlah kalian semua akan cinta dan kasih sayang Rasulullah SAW
Yang kepalanya berdarah di baling batu
Yang lehernya merah dibelit kain
Yang giginya patah, gusinya berdarah dalam peperangan
Yang dirinya dikatakan gila kerana menyampaikan risalah
Risalah agung dari Yang Maha Berkuasa
Bagaimanakah kalian hendak menghentikan tangis Nabi?
Apakah alasan kalian di hadapan Rasulullah nanti?
Gilakah saya mengamalkan Islam?
Gilakah kalian mengamalkan Islam?
Gilakah kita? Asing sangatkah kita?
Hanya kerana mengamalkan apa yang diamalkan Rasul tercinta
“Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai hati atau akal atau yang menggunakan pendengarannya?” (50:37)
Friday, October 1, 2010
DUHAI KASIH….
Duhai seseorang disana .....Bila Allah mengizinkan kita bertemu kelak . . .Bila Allah mewujudkan takdir pernikahan kita kelak . . .Dan bila kemudian disaat kita hidup bersama, lantas terlihat sisi salah pada diriku, semoga Allah mengurniakanmu kemampuan untuk melihat sisi baikku. Sungguh Allah SWT yang mempertemukan dan menyatukan hati kita dengan pesannya yang AGUNG, "Dan pergaulilah mereka (isterimu) dengan baik. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam yang kita cintai pun berpesan, "Sempurnanya iman seseorang mukmin adalah mereka yang baik akhlaknya, dan yang terbaik (pergaulannya) dengan isteri-isteri mereka." Jika engkau melihat kekurangan pada diriku, ingatlah kembali pesan beliau, "Jangan membenci seorang mukmin (laki-laki) pada mukminat (perempuan) jika ia tidak suka suatu kelakuannya pasti ada juga kelakuan lainnya yang ia sukai. (HR. Muslim)
Sadarkah engkau bahwa tiada manusia di dunia ini yang sempurna segalanya?Bukankah kamu tahu bahwa hanyalah Allah yang Maha Sempurna.Bukankah kurang bijaksana bila kamu hanya menghitung-hitung kekurangan pasangan hidupmu? Ya Allah,Engkau-lah saksi ikatan hati ini terjadi...Engkau-lah yang telah menentukan hatiku jatuh pada nya,Jadikanlah cinta ku pada kasihku ..calon isteriku sebagai penambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.Namun, kumohon pula, jagalah cintaku ini agar tidak melebihi cintaku kepada-Mu, hingga aku tidak terjatuh pada jurang cinta yang semu,Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu. Jika ia rindu,Jadikanlah rindu syahid di jalan-Mu lebih ia rindukan daripada kerinduannya terhadapku,Jadikan pula kerinduan terhadapku tidak melupakan kerinduannya terhadap surga-Mu.Bila cintaku padanya telah mengalahkan cintaku kepada-Mu,Ingatkanlah diriku, jangan Engkau biarkan aku tertatih kemudian tergapai-gapai merengkuh cinta-Mu.
Ya Allah,Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,Telah berjumpa pada taat pada-Mu,Telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,Telah berpadu dalam membela syariat-Mu.Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya.Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar.Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.
Amin ya rabbal alamin.
Subscribe to:
Posts (Atom)