
Wahai mata, janganlah kau memandang yang haram
Kerana aku bimbang kau tak akan dapat melihat Rasulullah SAW di akhirat kelak
Aku bimbang kau tak akan dapat melihat Allah SWT kelak
Nauzubillah

Wahai telinga, janganlah kau mendengarkan perkara-perkara yang haram
Kerana aku khuatir kau tak akan dapat mendengar lembut bicara Rasulmu
Aku khuatir kau tak akan dapat mendengar suara Rabbmu
Nauzubillah

Wahai lidah, janganlah kau berbicara yang sia-sia
Aku bimbang Nabimu tidak dapat mendengar butir perkataanmu
Aku khuatir Penciptamu tidak mahu mendengar bicaramu
Nauzubillah

Wahai kaki, tangan dan seluruh anggota
Janganlah kau berbuat maksiat
Berlaku zalim kepada dirimu sendiri
Aku bimbang kau tak dapat jejak ke syurga
Aku khuatir kau menjadi bahan bakar neraka
Nauzubillah

Wahai hati, raja tubuh pinjaman ini
Janganlah engkau biar dirimu terlalai
Aku risau tenteramu akan mengikutimu
Aku risau mereka terlalai keranamu
Jangan kau lupa selawat dan salam
Jangan kau melupai takbir, tahmid dan hamdalah
Supaya dirimu tidak mendapat murka Allah, laknat Rasulullah
Nauzubillah

No comments:
Post a Comment