SEBARKAN SALAM,TANDA BERKASIH SAYANG

Photobucket

Sunday, May 9, 2010

KULIAH MINGGUAN:TAUHID ZINDANI 5



Ketetapan (sunnah Allah) dalam pembentukan air hujan
Wap air laut dinaikkan dalam keadaan tawar dari permukaan.
Kenaikan air akan terhenti apabila ia menjadi berat iaitu setelah menjadi tebal dan setelah bercampur dengan angin (zarah yang dibawanya).
Pemindahan wap air ini dari kawasan udara laut ke kawasan daratan dan pedalaman.
Air hujan diturunkan dalam titisan-titisan halus dan bukan dalam bentuk curahan air sekaligus dalam jumlah yang banyak yang akan merosakkan harta benda.
Air mengalir dalam sungai-sungai ke seluruh pelusuk bumi seperti urat-urat darah yang tersebar dalam badan manusia.
Air akan diserap ke dalam bumi untuk memeliharanya daripada rosak dan tidak menjadi penghalang kepada manusia untuk berjalan di atas bumi.
Air sentiasa dipelihara supaya berada dekat dengan permukaan bumi. Ia kemudiannya akan menjadi mata air atau air perigi supaya manusiamendapat faedah daripadanya menggunakan ‘bekas Ilahi’ (lapisan batu)
Ini berlaku dengan bantuan angin yang membawa awan ini ke sana tanpa meminta duit ataupun upah daripada manusia kerana ini adalah perintah Allah untuk kegunaan makhlukNya.
Firman Allah Taala: (al-a’raaf:57)
Maksudnya:
Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan) hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang) lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambill pelajaran daripadanya).
Firman Allah Taala:
Al-mulk:30
Maksudnya:
Katakanlah lagi: “Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi) maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?”
Yang Maha Memakbulkan Doa
Tanyalah……
Orang yang benar-benar mengetahui rahmat Tuhan Yang Maha Mendengar segala doa.
Orang yang bagaimana Allah memakbulkan permintaan mereka yang berada dalam keadaan darurat dan amat memerlukanNya.
Telah berapa kali bumi menjadi kemarau, kering kontang tanpa hujan lalu orang Islam berdoa kepada Allah seperti yang diajar oleh Rasulullah. Dengan izin Allah, Dia akan menurunkan hujan untuk mereka.
Ini adalah pelaksanaan praktikal. Melaluinya kita dapat mengetahui
bahawa pencipta hujan adalah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Memakbulkan doa.

Sesungguhnya, Allah akan memakbulkan doa mereka yang benar-benar meminta kepada-Nya.
Firman Allah Taala:
Al-baqarah: 186
Maksudnya:
Dan apabila hamba-hambKu bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka): Aku perkenankan permohonana orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintah-Ku) supaya mereka menjadi baik serta betul.
Kesimpulan (syair)
Saudaraku! Jadilah orang yang memerhatikan awan
bagaimana pada waktu petang ia berterbangan.
Tuhan menghantarnya kepada kita sebagai rahmat
adakah kamu bersyukur kepada Tuhan akan nikmat tersebut.
Lalu matahari menguasai laut
untuk dibangkitkan wap air daripadanya.
Diangkat airnya ke atas
melepasi bukit-bukau yang tinggi.
Dan diliputinya udara sejuk
bagi memberhentikan kenaikannyake langit.
Sekiranya Dia mahu, dijadikan udara panas
maka kita tidak mendapat udara walau setitis hujan.
Dia menghalau tiupan angin dalam keadaan bertebaran
hujan turun selepas awan diperah.
Kesimpulan
Allah mencipta Bumi dan segala isinya dengan perancangan yang teratur dan bijaksana.
Allah menggunakan matahari dan kepanasannya untuk menaikkan air tawar hingga melepasi ketinggian bukit.
Allah yang mengutuskan angin, menjdikan awan dan menurunkan hujan.
Allah yang mengalirkan sungai, memancarkan mata air, menyimpan air yang berada dalam perut Bumi dan memeliharanya daripada rosak menggunakan lapisan batu-bata.
Allah yang mencipta manusia dan tumbuhan serta menjamin makanan dan minuman untuk mereka. Maka segala keperluan untuk itu disediakn bagi mereka.
Allah adalah Maha Mendengar dan Menunaikan Doa, Yang Mengelakkan Kemudaratan dan Yang Menolong.
Berhala yang lemah dan kudrat alam (nature) yang bodoh, pekak dan tuli tidak berkuasa untuk mencipta, mentadbir, mendengar atau memakbulkan doa.

No comments:

Post a Comment