Tuesday, May 11, 2010
KULIAH MINGGUAN:TAUHID ZINDANI 6
Kitab Tauhid “Az-Zindani” Jilid 1 (Fasal 8) ‘Kediaman dan Kedamaian’
Kandungan Pengisian
Pengenalan
Isi utama: “Kekuasaan Allah pada Kediaman”
Penutup
Pengenalan
وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنۢ بُيُوتِڪُمۡ سَكَنً۬ا
“Dan Allah menjadikan rumah-rumahmu untuk tempat tinggalmu …” (An-Nahl: 80)
Rumah: tempat tinggal untuk kita dan keluarga berehat dan mendapat kedamaian
Allah berkuasa atas segala sesuatu:
Menjadikan rumah sesuai & selamat didiami
Tidak mengeluarkan manusia dari rumah mereka
Kekuasaan Allah pada Kediaman
وَجَعَلَ لَكُم مِّن جُلُودِ ٱلۡأَنۡعَـٰمِ بُيُوتً۬ا تَسۡتَخِفُّونَهَا يَوۡمَ ظَعۡنِكُمۡ وَيَوۡمَ إِقَامَتِڪُمۡۙ وَمِنۡ أَصۡوَافِهَا وَأَوۡبَارِهَا وَأَشۡعَارِهَآ أَثَـٰثً۬ا وَمَتَـٰعًا إِلَىٰ حِينٍ۬
“… Dia menjadikan bagi kamu dari kulit binatang-binatang ternak: Khemah-khemah (tempat berteduh), yang kamu mendapatinya ringan (di bawa ke mana-mana) semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti dan (Dia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.” (An-Nahl: 80)
Dialah yang mengilhamkan kemampuan untuk pembinaan dan pembangunan:
Mengurniakan akal dan pancaindera untuk berfikir, merekacipta, merancang
Menyediakan bahan yang sesuai; batu, kayu, logam, tumbuhan
Membina bangunan yang cantik, tinggi
Semua bahan ‘tunduk’ kepada arahan Allah untuk menolong manusia
Sifat bumi yang tetap; konsep graviti, kestabilan alam semesta
Menghayati kejadian bumi sebagai tempat tinggal yang damai dan tenang yang dikurniakan Allah
Kelebihan yang Allah berikan kepada manusia sebagai pemerintah (khalifah) di bumi; ilmu fizik, arkitek, kejuruteraan
Bahan mentah yang Allah sediakan untuk pembinaan rumah bukti kekuasaannya; pokok, tumbuhan, binatang
“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?” (Ar-Rahman: 13)
Penutup
Kediaman satu bukti kekuasaan dan kebijaksanaan Allah
Alam tidak berfungsi dan mengurus sesuatu dengan sendiri, Allah yang menentukannya
Segala kebijaksanaan manusia di atas muka bumi adalah kurniaan Nya
Kediaman yang Allah berikan memenuhi kehendak kita sebagai hamba Nya
Alam ini patuh pada Allah untuk ‘tunduk’ pada manusia
PERSOALAN???
Siapakah PENGURUS YANG MAHA BIJAKSANA yang mengimbangkan daya tolakan dan daya graviti bumi?
Siapakah yang MAHA MULIA LAGI MAHA PENGASIH, yang mencipta bahan mentah untuk kegunaan manusia membuat peralatan dan perkakasan rumah?
DIA ADALAH الله سبحانه و تعالى
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment